Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Fikir 2

(Dan lagi) sabda nabi sollallahu alai wasallam artinya yang terlebih hampir kamu daripada ku pada hari qiamat orang yang terlebih banyak kamu lapar dan berfikir.

Sumber Rujukan :
Kitab Al Jauharul Mauhub Waminhatul Qulub.(Jawi)
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Muka Surat : Baris 11 dari bawah

Sunday, February 7, 2010

Kelebihan Fikir 1


Ini suatu muqaddimah pada menyatakan kelebihan fikir
iaitu menjalankan hati dengan menilik pada pekerjaan
kerana menuntut akan yang baik atau yang terlebih baik

firman Allah taala
أولم ينظرا في ملكوت السموات والأرض وما خلق الله من شئ وان عسي أن يكون قد افترب أجلهم
dan tiadakah menilik mereka itu (yakni ke peringkat dengan mengambil fikir) pada malakut kerajaan di dalam tujuh petala langit dan bumi daripada segala yang ajaib-ajaib dan indah barang yang di dalam keduanya dan pada barang yang dijadikan dia Allah taala daripada suatu dan pada keadaan hampir ajal mereka itu (yakni jika mereka itu pada indah kejadian barang yang di dalam keduanya).

nescaya dapat petunjuk mereka itu padanya atas hikmat Allah taala dan kamil qudratNya dan jika memikir mereka itu pada keadaan hampir ajal mereka itu maka putuslah angan-angan cita mereka nescaya bersegera mereka itu kepada beriman dan amal yang soleh.

Sumber Rujukan : Kitab dalam tulisan jawi.
Kitab Al Jauharul Mauhub
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Muka Surat : 4

Saturday, January 16, 2010

ARTINYA FASAL PADA MENYATAKAN BEBERAPA FAEDAH LAPAR DAN MENYATAKAN KEBINASAAN KENYANG

Sila rujuk. Kitab dalam tulisan jawi
Kitab Sirassalikin. Juzuk yang 3.
Muka surat 59.

Artinya ini suatu fazol pada menyatakan pada menyatakan beberapa faedah lapar dan menyatakan kebinasaan kenyang

(bermula) faedah lapar itu iaitu sepuluh perkara

(pertama)
lapar itu menyucikan akan hati dan menerangkan akan dia dan membukakan akan mata hati dan kenyang itu mengurangkan akal dan membutakan akan mata hati dan mematikan akan dia

sabda nabi saw artinya hidupkan oleh kamu akan hati kamu itu dengan sedikit tertawa-tawa dan sedikit kenyang dan sucikan oleh kamu akan hati kamu itu dengan lapar supaya jadu suci dan jadi lembut hati itu

(dan faedah yang kedua)
lapar itu melembutkan hati dan dengan dia hasil lazat munajat akan tuhannya dan dengan dia hasil lazat di dalam berbuat ibadat akan tuhannya dan lazat dalam zikrullah taala

kata abu sulaiman artinya bermula yang terlebih manis ibadat itu kepada ku apabila bedampik belakang ku itu dengan perut ku

dan lagi ia berkata artinya bermula hati itu apabila lapar dan dahaga nescaya suci ia dan lembut ia dan apabila kenyang nescaya buta ia dan keras ia dan tidur ia

(dan faedah yang ketiga )
lapar itu memecahkan akan hati dan menghinakan akan dia dan menghilangkan takabur dan menghilangkan kesukaan di dalam dunia

(bermula)
takabur itu asal segala zalim dan asal yang melupakan akan Allah taala dan tiada sesuatu yang memecahkan akan hati dan yang terlebih menghinakan akan dia melainkan dengan lapar itu dan ketika kembali ia akan tuhannya dan tetap ia kepada tuhannya dengan khusyuk ia akan dia serta melihat dirinya hina dan melihat akan tuhannya itu yang amat mulia

(dan dari kerana)
inilah bahawasanya adalah nabi sollahu alaihi wassalam pada satu masa sangat lapar hingga ia mengikatkan akan batu di atas perutnya maka datang akan dia sayyidina jibril alaihissalam pada hal disuruh oleh Allah taala menjadikan akan dua bukit yang di mekah emas supaya jadi belanja nabi saw maka enggan nabi saw akan yang demikian itu maka bersabda ia dengan katanya artinya tiada aku berkehendak akan kekayaan dunia tetapi biar aku lapar di dalam sehari dan aku kenyang dalam sehari maka apabila aku lapar nescaya aku sabar dan aku memohon kembali kepada Allah taala serta merendahkan diri ku dan apabila aku kenyang nescaya aku kembali kepada Allah taala serta mengucapakan syukur

(dan kata)

BERSAMBUNG >>>>>

Monday, December 21, 2009

JANGAN KETAWA BERDEKAH-DEKAH KERANA....

Dan sabda nabi solallahu alaihi wasallam "Barangsiapa tertawa mengilai-ngilai maka sungguhnya melontar ia daripada akalnya akan sebagai lontar"

Sumber rujukan( dalam tulisan jawi) : Kitab Jauharul mauhub
Muka Surat : 176
Baris Ke 5 dari atas
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdul Rahman Al Kelantani

Tuesday, September 8, 2009

10 Bahaya Terlalu Kenyang

Ditulis oleh Ustaz Syairazi
Friday, 28 August 2009
عن ابن عمر: قال النبي e : المُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِى مَعْىٍ وَاحِدٍ وَالكَافِرُ يَأْكُلُ فِى سَبْعَةِ اَمْعَاءٍ حَسْبَ ابْنَ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ اِنْ كَانَ وَلاَبُدَّ فَحَقُّهُ ثُلُثٌ لِلطَّعَامِ و ثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَ ثُلُثٌ لِلنَّفَسِ- رواه الشيخان
Maksudnya : Orang yang sempurna iman makan pada satu perut sedangkan orang kafir makan untuk tujuh perut. Memadai bagi anak cucu Adam itu beberapa suap yang dapat membetulkan tulang belakangnya. Jika dia mahu tambah dan tidak dapat tiada daripada menambah maka sepatutnya dia sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk mengeluarkan nafas
Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin telah menukilkan tentang 10 bahaya terlalu kenyang:
1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras
2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan
3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan
4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas
5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat
6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat
7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya
8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita
9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat
10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat
Untuk maklumat lanjut sila klik :

Sunday, September 6, 2009

KALAULAH ADA TUHAN LAIN DARI ALLAH SWT, APA AKAN BERLAKU ?

Dikemaskini : 16 Sepetember 2009. Rabu

Kalau ada orang tanya, apa akan berlaku sekiranya ada tuhan lain, selain daripada Allah ?
Maka awak jawab begini,

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya." Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan) "Maha suci Allah, yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan."

Sila rujuk Surah Al Anbia' Ayat 22.

Saturday, August 29, 2009

Kelebihan Ilmu


Dalil-dalilnya dari AL Quran ialah firman Allah swt.

Sila rujuk, surah Ali Imran Ayat 18,

Ertinya "Allah mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan selain daripadanya dan malaikat-malaikat mengakui dan orang-orang berilmu, yang tegak dengan keadilan".
Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular