Friday, May 20, 2011

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين

(Ketahui) olehmu bahawasanya
zakat itu dua bahagi

(pertama) zakat badan iaitu zakat fitrah
(kedua) zakat المال  yakni zakat harta

maka zakat harta itu ada kalanya takluk ia 
pada ainnya yakni pada diri harta 

maka iaitu lima perkara
(pertama) zakat haiwan
(kedua) zakat نبات yakni tumbuh-tumbuhan
(ketiga) zakat نقد yakni emas perak
(keempat) zakat ركاز yakni emas atau perak penaruhan kafir pada masa jahiliyyah pada bumi yang mati atau yang dihidupkannya akan dia
(kelima) zakat معدن iaitu emas atau perak olehnya mendulang pada tempat pendulangan 

dan 

ada kalanya takluk ia 
pada قيمتث yakni pada nilainya iaitu zakat  تجارة yakni harta perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين
Pengarang: Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al Banjari
Juzuk Ke 2
Muka Surat 88
Baris ke 7 dari bawah

No comments:

Post a Comment

Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular