Friday, August 26, 2011

Sifat Syurga Muka Surat 212

Untuk lebih jelas, klik atas foto.

Sifat Syurga Muka Surat 211

Klik atas foto untuk lebih jelas.

Friday, August 19, 2011

Sifat Syurga Muka Surat 210

Klik atas foto untuk lebih jelas

Sunday, August 14, 2011

Sunday, July 31, 2011

Kitab pada menyatakan صوم artinya puasa

Kitab ini adalah sumber rujukannya.
Untuk lebih jelas, sila klik atas foto.

Muka surat: 128
Muka surat: 129
Muka surat: 130
Muka surat:131
Muka surat: 132


Wednesday, July 27, 2011

Sunday, July 3, 2011

Sifat Hurul Ain

(kata Abdullah) Ibnu Abbas Radhiyaallahu anhuma
dijadikan Allah akan  حور العين
daripada anak jari kakinya hingga lututnya daripada zakfaran
dan daripada lututnya hingga susunya daripada kasturi yang sangat harum
dan daripada susunya hingga kepada tengkuknya daripada anbar
dan daripada tengkuknya hingga kepalanya daripada kapur yang putih
atasnya 70 ribu pakaiannya
apabila ia berhadap bercahaya-cahaya mukanya nur yang cemerlang seperti bercahaya matahari bagi ahli dunia
dan dilihat akan hatinya daripada sangat nipis kainnya dan kulitnya diluarnya
dan pada kepalanya 1000 jalinan rambutnya daripada kasturi yang harum
bagi tiap-tiap jalinan rambutnya seorang dangdayangnya yang mengangkat akan dia dan akan tepi kainnya
pada hal menyeru ia
inilah pahala segala aulia Allah
balasan amal yang dikerjakan dia oleh mereka itu pada dunia.

Sumber Rujukan : Kitab Al Jauharul mauhub
Muka Surat 225
Baris satu dari bawah  

Monday, June 13, 2011

Pahala Pakai Serban Waktu Solat

dan sabda nabi saw
sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu
terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban.

Sumber Rujukan:
Kitab Al Jauharul Mauhub Waminhatul Qulub(Jawi)
Pergarang: Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Muka Surat: 63. Baris ke sebelas dari atas.

Saturday, May 21, 2011

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين

Ini suatu kitab pada menyatakan zakat

(bermula) yang wajib zakat padanya itu lima perkara

(pertamanya) نعم yaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing kibas dan kambing betul

(keduanya) أثمان yaitu emas dan perak

(ketiganya) زرع yaitu biji-bijian yang mengenyangkan

(keempatnya) buah kayu yaitu tamar dan عنب yang kering

(kelimanya) matabenda perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Pengarang Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Fathoni
Muka surat 54
Baris ke 7 dari atas

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab الجواهر السنية

dan jenis yang wajib zakat daripada hartanya itu beberapa perkara

(pertama) jenis نعم iaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing kibas dan kambing betul

(kedua) أثمان yaitu emas dan perak

(ketiga) tumbuh-tumbuhan yang dimakan mengenyangkan

(keempat) buah kayu yaitu tamar dan عنب yang kering

(kelima) mata benda perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab الجواهر السنية
Pengarang Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathoni
Muka surat 85
Baris pertama dari atas

Friday, May 20, 2011

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين

(Ketahui) olehmu bahawasanya
zakat itu dua bahagi

(pertama) zakat badan iaitu zakat fitrah
(kedua) zakat المال  yakni zakat harta

maka zakat harta itu ada kalanya takluk ia 
pada ainnya yakni pada diri harta 

maka iaitu lima perkara
(pertama) zakat haiwan
(kedua) zakat نبات yakni tumbuh-tumbuhan
(ketiga) zakat نقد yakni emas perak
(keempat) zakat ركاز yakni emas atau perak penaruhan kafir pada masa jahiliyyah pada bumi yang mati atau yang dihidupkannya akan dia
(kelima) zakat معدن iaitu emas atau perak olehnya mendulang pada tempat pendulangan 

dan 

ada kalanya takluk ia 
pada قيمتث yakni pada nilainya iaitu zakat  تجارة yakni harta perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين
Pengarang: Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al Banjari
Juzuk Ke 2
Muka Surat 88
Baris ke 7 dari bawah

Monday, May 2, 2011

Pakaian Bersayap Untuk Terbang

(kemudian)
firman Allah taala
hei malaikat ku
masukkan oleh mu
akan hamba ku
akan    سوق المسرفة yakni pekan tempat berkenal-kenal
maka memasuk ia akan mereka itu
maka berjumpa seorang akan taulannya
maka berkata ia baginya
di mana tempat kamu
maka katanya di dalam syurga atau pada tempat
atau maka berkenal-kenal mereka itu setengahnya dengan setengahnya
kemudian menilik mereka itu kepada pekan itu
maka mendapat mereka itu padanya
akan beberapa pakaian bersayap
maka berkata malaikat
barang siapa ingin hendak terbang
maka hendaklah mengambil ia akan pakaian ini
maka mengambil mereka itu dan memakai mereka itu akan dia
dan terbanglah mereka itu kepada barang sekehendak mereka itu

Sumber rujukan:
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
Muka surat: 222
13 baris dari atas
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani

Sunday, April 3, 2011

Hadiah Solat Subuh

(dan sungguhnya)
datang warid
bahawasanya ahli syurga
datang akan mereka itu oleh malaikat
memukul ia akan segala pintu mereka itu
maka berkata anak bidadari siapa ini
maka berkata ia aku malaikat pesuruhan daripada Allah
datang aku bagi penghulu kamu
dengan hadiah sembahyang subuh yang ia sembahyang akan dia pada dunia
maka membuka mereka itu baginya akan pintu
maka masuk akan malaikat
berkata ia  السللأم عليكم  
tuhan kamu memberi salam akan kamu
dan berfirman ia bagi kamu
sungguhnya adalah pada dunia kamu angkatkan sembahyang subuh
maka aku terima kan dia dan tiada aku tolak
maka bagi kamu balasannya
inilah hadiah sembahyang subuh
maka menghantarkan malaikat akan maidah idangan daripada emas
atas maidah itu 70 pinggan
10 daripada perak
dan 10 daripada emas
dan 10 daripada yaakub
dan 10 daripada zabarjad
dan 10 daripada marjan
dan 10 daripada mutiara
dan 10 daripada aqiq
dan tiap-tiap satu pinggan itu 70 warna daripada makanan yang berlain-lainan
tiada menyerupai satu warna akan yang lainnya
dan tiada bercampur dengannya
dan ada atasnya roti yang terlebih putih daripada laban
dan terlebih manis daripada air madu
tiada menyentuh akan dia tangan seorang
tetapi jadi ia dengan qudrat tuhan yang berfirman ia bagi suatu (كن فيكون)
ditudung akan idangan itu dengan mandil daripada sutera yang hijau
memakan mereka itu padanya daripada makanan yang diidang akan dia
makamendapat mereka itu pada tiap-tiap suap akan lazat yang terlebih manis daripada yang dahulu
dan bahawasanya seorang laki-lakidaripada ahli syurga mendapat ia pada tiap-tiap suap barang yang dicitanya pada negeri dunia

Rujuk:
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
muka surat 216
5 baris dari bawah
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani

Monday, February 21, 2011

Fadhilat Redha Kematian Anak Belum Baligh

(kata Imam Ghazali) rohimahullah taala
dan pada hari qiamat itu
barang siapa ada ia daripada ahli bahgia
dan mati baginya beberapa anak kecil
dikeluarkan baginya dengan tartang tempat air
daripada tartang syurga
pada padang mahsyar
maka memberi minum mereka itu
akan dua ibubapanya
akan air sejuk lagi tawar lagi jernih

Sumber Rujukan : 
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
Muka surat : 206. Tiga baris dari bawah
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular