Monday, December 13, 2010

Kelebihan Sabar

(Dan daripada)Sahal Bin Saad
daripada Nabi sollallahu alaihi wassalam
barangsiapa duduk pada tempat sembahyangnya
kemudian daripada sembahyang Subuh
hingga sembahyang dua rakaat sunat Dhuha
tiada berkata-kata
melainkan kebajikan
diampun baginya
Allah taala
akan sekelian kesalahannya
dan
jika ada ia
terlebih banyak
daripada buih laut sekalipun

Sila rujuk :
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
Muka surat : 201, 

dari bawah baris ke sebelas
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani

Saturday, August 28, 2010

Adab Masuk Rumah Orang Lain

Dan jika kamu tidak menemui seseorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepada mu, "Kembalilah" Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagi mu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Sumber : Al Quran. Surah An Nur. Ayat 28.

Adab Masuk Rumah Orang Lain 1

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ [٢٤:٢٧


Wahai orang yang beriman ! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah mu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu, lebih baik bagi mu, agar kamu selalu ingat.

Sumber : Al Quran. Surah An Nur. Ayat 27

Sunday, August 15, 2010

Kelebihan Fikir 2

(Dan lagi) sabda nabi sollallahu alai wasallam artinya yang terlebih hampir kamu daripada ku pada hari qiamat orang yang terlebih banyak kamu lapar dan berfikir.

Sumber Rujukan :
Kitab Al Jauharul Mauhub Waminhatul Qulub.(Jawi)
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Muka Surat : Baris 11 dari bawah

Sunday, February 7, 2010

Kelebihan Fikir 1


Ini suatu muqaddimah pada menyatakan kelebihan fikir
iaitu menjalankan hati dengan menilik pada pekerjaan
kerana menuntut akan yang baik atau yang terlebih baik

firman Allah taala
أولم ينظرا في ملكوت السموات والأرض وما خلق الله من شئ وان عسي أن يكون قد افترب أجلهم
dan tiadakah menilik mereka itu (yakni ke peringkat dengan mengambil fikir) pada malakut kerajaan di dalam tujuh petala langit dan bumi daripada segala yang ajaib-ajaib dan indah barang yang di dalam keduanya dan pada barang yang dijadikan dia Allah taala daripada suatu dan pada keadaan hampir ajal mereka itu (yakni jika mereka itu pada indah kejadian barang yang di dalam keduanya).

nescaya dapat petunjuk mereka itu padanya atas hikmat Allah taala dan kamil qudratNya dan jika memikir mereka itu pada keadaan hampir ajal mereka itu maka putuslah angan-angan cita mereka nescaya bersegera mereka itu kepada beriman dan amal yang soleh.

Sumber Rujukan : Kitab dalam tulisan jawi.
Kitab Al Jauharul Mauhub
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Muka Surat : 4

Saturday, January 16, 2010

ARTINYA FASAL PADA MENYATAKAN BEBERAPA FAEDAH LAPAR DAN MENYATAKAN KEBINASAAN KENYANG

Sila rujuk. Kitab dalam tulisan jawi
Kitab Sirassalikin. Juzuk yang 3.
Muka surat 59.

Artinya ini suatu fazol pada menyatakan pada menyatakan beberapa faedah lapar dan menyatakan kebinasaan kenyang

(bermula) faedah lapar itu iaitu sepuluh perkara

(pertama)
lapar itu menyucikan akan hati dan menerangkan akan dia dan membukakan akan mata hati dan kenyang itu mengurangkan akal dan membutakan akan mata hati dan mematikan akan dia

sabda nabi saw artinya hidupkan oleh kamu akan hati kamu itu dengan sedikit tertawa-tawa dan sedikit kenyang dan sucikan oleh kamu akan hati kamu itu dengan lapar supaya jadu suci dan jadi lembut hati itu

(dan faedah yang kedua)
lapar itu melembutkan hati dan dengan dia hasil lazat munajat akan tuhannya dan dengan dia hasil lazat di dalam berbuat ibadat akan tuhannya dan lazat dalam zikrullah taala

kata abu sulaiman artinya bermula yang terlebih manis ibadat itu kepada ku apabila bedampik belakang ku itu dengan perut ku

dan lagi ia berkata artinya bermula hati itu apabila lapar dan dahaga nescaya suci ia dan lembut ia dan apabila kenyang nescaya buta ia dan keras ia dan tidur ia

(dan faedah yang ketiga )
lapar itu memecahkan akan hati dan menghinakan akan dia dan menghilangkan takabur dan menghilangkan kesukaan di dalam dunia

(bermula)
takabur itu asal segala zalim dan asal yang melupakan akan Allah taala dan tiada sesuatu yang memecahkan akan hati dan yang terlebih menghinakan akan dia melainkan dengan lapar itu dan ketika kembali ia akan tuhannya dan tetap ia kepada tuhannya dengan khusyuk ia akan dia serta melihat dirinya hina dan melihat akan tuhannya itu yang amat mulia

(dan dari kerana)
inilah bahawasanya adalah nabi sollahu alaihi wassalam pada satu masa sangat lapar hingga ia mengikatkan akan batu di atas perutnya maka datang akan dia sayyidina jibril alaihissalam pada hal disuruh oleh Allah taala menjadikan akan dua bukit yang di mekah emas supaya jadi belanja nabi saw maka enggan nabi saw akan yang demikian itu maka bersabda ia dengan katanya artinya tiada aku berkehendak akan kekayaan dunia tetapi biar aku lapar di dalam sehari dan aku kenyang dalam sehari maka apabila aku lapar nescaya aku sabar dan aku memohon kembali kepada Allah taala serta merendahkan diri ku dan apabila aku kenyang nescaya aku kembali kepada Allah taala serta mengucapakan syukur

(dan kata)

BERSAMBUNG >>>>>

Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular