Saturday, May 21, 2011

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين

Ini suatu kitab pada menyatakan zakat

(bermula) yang wajib zakat padanya itu lima perkara

(pertamanya) نعم yaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing kibas dan kambing betul

(keduanya) أثمان yaitu emas dan perak

(ketiganya) زرع yaitu biji-bijian yang mengenyangkan

(keempatnya) buah kayu yaitu tamar dan عنب yang kering

(kelimanya) matabenda perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Pengarang Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Fathoni
Muka surat 54
Baris ke 7 dari atas

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab الجواهر السنية

dan jenis yang wajib zakat daripada hartanya itu beberapa perkara

(pertama) jenis نعم iaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing kibas dan kambing betul

(kedua) أثمان yaitu emas dan perak

(ketiga) tumbuh-tumbuhan yang dimakan mengenyangkan

(keempat) buah kayu yaitu tamar dan عنب yang kering

(kelima) mata benda perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab الجواهر السنية
Pengarang Syeikh Daud Bin Abdullah Al Fathoni
Muka surat 85
Baris pertama dari atas

Friday, May 20, 2011

Jenis Zakat Berdasarkan Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين

(Ketahui) olehmu bahawasanya
zakat itu dua bahagi

(pertama) zakat badan iaitu zakat fitrah
(kedua) zakat المال  yakni zakat harta

maka zakat harta itu ada kalanya takluk ia 
pada ainnya yakni pada diri harta 

maka iaitu lima perkara
(pertama) zakat haiwan
(kedua) zakat نبات yakni tumbuh-tumbuhan
(ketiga) zakat نقد yakni emas perak
(keempat) zakat ركاز yakni emas atau perak penaruhan kafir pada masa jahiliyyah pada bumi yang mati atau yang dihidupkannya akan dia
(kelima) zakat معدن iaitu emas atau perak olehnya mendulang pada tempat pendulangan 

dan 

ada kalanya takluk ia 
pada قيمتث yakni pada nilainya iaitu zakat  تجارة yakni harta perniagaan

Sumber rujukan:
Kitab سبيل المهتدين للتفقه في أمر الدين
Pengarang: Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al Banjari
Juzuk Ke 2
Muka Surat 88
Baris ke 7 dari bawah

Monday, May 2, 2011

Pakaian Bersayap Untuk Terbang

(kemudian)
firman Allah taala
hei malaikat ku
masukkan oleh mu
akan hamba ku
akan    سوق المسرفة yakni pekan tempat berkenal-kenal
maka memasuk ia akan mereka itu
maka berjumpa seorang akan taulannya
maka berkata ia baginya
di mana tempat kamu
maka katanya di dalam syurga atau pada tempat
atau maka berkenal-kenal mereka itu setengahnya dengan setengahnya
kemudian menilik mereka itu kepada pekan itu
maka mendapat mereka itu padanya
akan beberapa pakaian bersayap
maka berkata malaikat
barang siapa ingin hendak terbang
maka hendaklah mengambil ia akan pakaian ini
maka mengambil mereka itu dan memakai mereka itu akan dia
dan terbanglah mereka itu kepada barang sekehendak mereka itu

Sumber rujukan:
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
Muka surat: 222
13 baris dari atas
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular