Sunday, April 3, 2011

Hadiah Solat Subuh

(dan sungguhnya)
datang warid
bahawasanya ahli syurga
datang akan mereka itu oleh malaikat
memukul ia akan segala pintu mereka itu
maka berkata anak bidadari siapa ini
maka berkata ia aku malaikat pesuruhan daripada Allah
datang aku bagi penghulu kamu
dengan hadiah sembahyang subuh yang ia sembahyang akan dia pada dunia
maka membuka mereka itu baginya akan pintu
maka masuk akan malaikat
berkata ia  السللأم عليكم  
tuhan kamu memberi salam akan kamu
dan berfirman ia bagi kamu
sungguhnya adalah pada dunia kamu angkatkan sembahyang subuh
maka aku terima kan dia dan tiada aku tolak
maka bagi kamu balasannya
inilah hadiah sembahyang subuh
maka menghantarkan malaikat akan maidah idangan daripada emas
atas maidah itu 70 pinggan
10 daripada perak
dan 10 daripada emas
dan 10 daripada yaakub
dan 10 daripada zabarjad
dan 10 daripada marjan
dan 10 daripada mutiara
dan 10 daripada aqiq
dan tiap-tiap satu pinggan itu 70 warna daripada makanan yang berlain-lainan
tiada menyerupai satu warna akan yang lainnya
dan tiada bercampur dengannya
dan ada atasnya roti yang terlebih putih daripada laban
dan terlebih manis daripada air madu
tiada menyentuh akan dia tangan seorang
tetapi jadi ia dengan qudrat tuhan yang berfirman ia bagi suatu (كن فيكون)
ditudung akan idangan itu dengan mandil daripada sutera yang hijau
memakan mereka itu padanya daripada makanan yang diidang akan dia
makamendapat mereka itu pada tiap-tiap suap akan lazat yang terlebih manis daripada yang dahulu
dan bahawasanya seorang laki-lakidaripada ahli syurga mendapat ia pada tiap-tiap suap barang yang dicitanya pada negeri dunia

Rujuk:
Kitab Al Jauharul mauhub wamunbihatul qulub
muka surat 216
5 baris dari bawah
Pengarang : Syeikh Ali Bin Abdur Rahman Al Kelantani
Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.

Pos Paling Popular