Sila rujuk. Kitab dalam tulisan jawi
Kitab Sirassalikin. Juzuk yang 3.
Muka surat 59.
Artinya ini suatu fazol pada menyatakan pada menyatakan beberapa faedah lapar dan menyatakan kebinasaan kenyang
(bermula) faedah lapar itu iaitu sepuluh perkara
(pertama)
lapar itu menyucikan akan hati dan menerangkan akan dia dan membukakan akan mata hati dan kenyang itu mengurangkan akal dan membutakan akan mata hati dan mematikan akan dia
sabda nabi saw artinya hidupkan oleh kamu akan hati kamu itu dengan sedikit tertawa-tawa dan sedikit kenyang dan sucikan oleh kamu akan hati kamu itu dengan lapar supaya jadu suci dan jadi lembut hati itu
(dan faedah yang kedua)
lapar itu melembutkan hati dan dengan dia hasil lazat munajat akan tuhannya dan dengan dia hasil lazat di dalam berbuat ibadat akan tuhannya dan lazat dalam zikrullah taala
kata abu sulaiman artinya bermula yang terlebih manis ibadat itu kepada ku apabila bedampik belakang ku itu dengan perut ku
dan lagi ia berkata artinya bermula hati itu apabila lapar dan dahaga nescaya suci ia dan lembut ia dan apabila kenyang nescaya buta ia dan keras ia dan tidur ia
(dan faedah yang ketiga )
lapar itu memecahkan akan hati dan menghinakan akan dia dan menghilangkan takabur dan menghilangkan kesukaan di dalam dunia
(bermula)
takabur itu asal segala zalim dan asal yang melupakan akan Allah taala dan tiada sesuatu yang memecahkan akan hati dan yang terlebih menghinakan akan dia melainkan dengan lapar itu dan ketika kembali ia akan tuhannya dan tetap ia kepada tuhannya dengan khusyuk ia akan dia serta melihat dirinya hina dan melihat akan tuhannya itu yang amat mulia
(dan dari kerana)
inilah bahawasanya adalah nabi sollahu alaihi wassalam pada satu masa sangat lapar hingga ia mengikatkan akan batu di atas perutnya maka datang akan dia sayyidina jibril alaihissalam pada hal disuruh oleh Allah taala menjadikan akan dua bukit yang di mekah emas supaya jadi belanja nabi saw maka enggan nabi saw akan yang demikian itu maka bersabda ia dengan katanya artinya tiada aku berkehendak akan kekayaan dunia tetapi biar aku lapar di dalam sehari dan aku kenyang dalam sehari maka apabila aku lapar nescaya aku sabar dan aku memohon kembali kepada Allah taala serta merendahkan diri ku dan apabila aku kenyang nescaya aku kembali kepada Allah taala serta mengucapakan syukur
(dan kata)
BERSAMBUNG >>>>>
No comments:
Post a Comment