Ditulis oleh Ustaz Syairazi |
Friday, 28 August 2009 |
عن ابن عمر: قال النبي e : المُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِى مَعْىٍ وَاحِدٍ وَالكَافِرُ يَأْكُلُ فِى سَبْعَةِ اَمْعَاءٍ حَسْبَ ابْنَ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ اِنْ كَانَ وَلاَبُدَّ فَحَقُّهُ ثُلُثٌ لِلطَّعَامِ و ثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَ ثُلُثٌ لِلنَّفَسِ- رواه الشيخان Maksudnya : Orang yang sempurna iman makan pada satu perut sedangkan orang kafir makan untuk tujuh perut. Memadai bagi anak cucu Adam itu beberapa suap yang dapat membetulkan tulang belakangnya. Jika dia mahu tambah dan tidak dapat tiada daripada menambah maka sepatutnya dia sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk mengeluarkan nafas Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin telah menukilkan tentang 10 bahaya terlalu kenyang: 1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras 2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan 3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan 4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas 5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat 6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat 7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya 8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita 9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat 10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat Untuk maklumat lanjut sila klik : |
Tuesday, September 8, 2009
10 Bahaya Terlalu Kenyang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk baca artikel lain. Sila klik pada Kategori Artikel.
Pos Paling Popular
-
(kata Abdullah) Ibnu Abbas Radhiyaallahu anhuma dijadikan Allah akan حور العين daripada anak jari kakinya hingga lututnya daripada zakfar...
-
Kitab ini adalah sumber rujukannya. Untuk lebih jelas, sila klik atas foto. Muka surat: 128 Muka surat: 129 Muka surat: 1...
-
dan sabda nabi saw sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban. Sumber Rujukan: Ki...
-
(dan sungguhnya) datang warid bahawasanya ahli syurga datang akan mereka itu oleh malaikat memukul ia akan segala pintu mereka itu maka ber...
-
(Ketahui) olehmu bahawasanya zakat itu dua bahagi (pertama) zakat badan iaitu zakat fitrah (kedua) zakat المال yakni zakat harta maka z...
-
Untuk lebih jelas. Sila klik atas foto.
-
(kata Imam Ghazali) rohimahullah taala dan pada hari qiamat itu barang siapa ada ia daripada ahli bahgia dan mati baginya beberapa anak keci...
-
d an jenis yang wajib zakat daripada hartanya itu beberapa perkara (pertama) jenis نعم iaitu unta dan lembu dan kerbau dan kambing kibas d...
-
quranflash quranexplorer kajian-quran listen2quran
No comments:
Post a Comment